Actions

Work Header

Labirin

Summary:

Osha, seorang visual designer baru, memang tak suka langsung dengan bos dia, Qimir, yang dingin dan terlalu tegas. Tapi, bila mereka mula bekerjasama rapat di Studio Reka, rasa benci tu tiba-tiba jadi sesuatu yang lebih. Dari sekadar rasa tertarik yang disembunyikan, hubungan mereka mula berkembang, penuh dengan ketegangan, perasaan yang disorok, dan perasaan yang tak diluahkan.

(Boleh dibaca macam fiksyen biasa kalau tak minat The Acolyte)

Notes:

Tak tahu kenapa aku terfikir nak tulis fanfic Oshamir dalam Bahasa Melayu untuk puaskan hati sendiri. Ini boleh dikatakan fanfic pertama aku yang aku kongsikan secara terbuka, jadi jangan kecam ya! I yearn for a cutesy cheesy Malay fanfic, so I write one. Kalau tak minat The Acolyte pun, cerita ni boleh je dibaca macam fiksyen biasa. Inspirasi tajuk cerita ni datang dari lagu Labirin - Tulus. Hope you enjoy reading it!

Chapter Text

Kadang-kadang, dalam hidup ni, Tuhan bagi ujian dalam bentuk manusia.

Dan manusia tu sekarang tengah duduk dua meja dari aku, pakai kemeja putih yang digosok sampai licin, cakap lembut tapi mampu buat orang menangis dalam senyap.

Qimir Noah. Principal Architect.

Lelaki yang aku sumpah, kalau aku tak tahan sabar hari ni, mungkin aku dah tulis surat berhenti kerja pada hari pertama.

Aku bukan jenis cepat benci orang. Tapi dia... dia jenis yang bila cakap, tak pandang muka. Bila komen, ayat dia macam scalpel. Tajam, tenang, tapi luka lama ternganga balik.

Aku tahu dia pandai. Semua orang tahu dia pandai. Tapi perlu buat macam orang baru belajar buka komputer?

__________

Pagi tadi masa aku berdiri depan pintu kaca Studio Reka, jantung aku berdebar macam nak pergi temuduga semula. Padahal ni hari pertama berkerja kat sini.

"Okay, Osha. Boleh. Kau dah besar. Kau boleh."

Aku bisik sendiri dalam lif, cuba yakinkan diri yang keputusan pindah dari Ipoh ke KL ni bukan satu kebodohan besar.

Gaji? Okay. Lebih dari cukup.

Sewa bilik? Masih mampu.

Cuma... rasa gementar aku makin membuak bila fikirkan Studio Reka ni, sebuah nama besar dalam industri, cari visual designer. Aku takut kalau aku tak dapat bagi first impression yang baik.

Studio Reka ni memang terkenal. Semua orang nak kerja kat sini. Gila susah nak masuk sebab mereka lebih banyak ambil arkitek daripada designer. Yang kerja kat sini pun lama-lama, tak ramai yang keluar, jadi peluang untuk dapat tempat kosong tu tipis. Aku pun dah lalui beberapa pusingan temuduga sebelum habis internship, dan akhirnya dapat juga tempat ni. Company ni sanggup tunggu aku habis belajar sebelum mulakan kerja. Dan sekarang, aku dah ada kat sini.

Bangunan Studio Reka ni nampak humble je. Hanya sebuah bangunan yang macam kedai lot, tapi klasik sebab ia bangunan lama dari zaman sebelum merdeka. Kat sekelilingnya banyak kedai makanan dan minuman, tempat orang lepak, dan hujung minggu memang ramai orang muda yang datang untuk ambil gambar dan update media sosial. Tapi bila waktu pejabat, suasananya berbeza. Macam sarang lebah, penuh dengan pekerja pejabat yang sibuk dan tak berhenti bergerak.

Nasib baik parking banyak kat sekitar sini, dan MRT station pun dekat, jadi aku tak risau sangat nak ke pejabat. Sesuai la dengan aku yang lebih selesa guna pengangkutan awam sebab aku tak ada kereta pun.

Aku tolak pintu, terus disambut bau kopi pekat dan bunyi keyboard yang tak berhenti. Dalam kepala aku bayangkan suasana tenang, moden, semua orang cool macam dalam Pinterest tapi yang aku nampak banyak wayar berselirat, cawan kopi atas lantai, dan satu suara menjerit, "Siapa tukar layout aku ni?!"

Aku beku di depan pintu.

"Hi?" aku cuba. Suara sendiri pun hampir tenggelam.

Semua kepala berpaling. Sunyi dua saat, sebelum seorang perempuan berkaca mata besar bangun sambil sengih, "You mesti Osha kan? The new kid? I'm Alin. Copywriter. Welcome to the madness."

Madness. Great.

Aku senyum palsu. "Terima kasih?"

Dia hulur tangan, tarik aku ke meja kosong. "Duduk sini dulu. HR tengah meeting. Kau bawah department design kan?"

Aku angguk.

"Haa baguslah. Nanti kau terus report kat principal architect kita. Dia pun baru masuk minggu lepas."

Aku tak sempat tanya siapa sebab Alin dah sibuk semula dengan kerja. Aku duduk, keluarkan laptop, buka 3D software yang aku selalu guna dan pura pura sibuk.

Sampai sekarang aku boleh ingat setiap detik sebelum dia muncul.

__________

Bila dah setel semua dengan HR, aku dah dapat meja sendiri di ruang yang macam open office concept. Tak kira CEO atau executive atau junior, semua duduk di ruang yang sama. Tak ada bilik individu kecuali bilik mesyuarat dan booth untuk buat panggilan telefon atau web dengan client.

Zana, HR executive, tunjuk tempat duduk boss aku yang selang beberapa meja sahaja tapi penghuninya tak ada di situ. Ada la sikit briefing hierarki company dan department aku tapi yang paling penting aku memang report semua benda dekat principal architect.

Aku perasan meja aku lengkap dengan semua gadget yang aku perlukan. Laptop canggih, skrin besar, tablet grafik yang nampak fancy, dan lanyard dengan logo company. Semua barang ni memang kelas, baru keluar dari kotak, dan aku rasa macam underqualified pulak untuk benda-benda ni. Tapi, ya la, studio ni memang macam tu, serba mewah.

Ada la kut dalam 30 minit aku duduk situ tak buat apa apa. Sampai la boss aku muncul daripada bilik mesyuarat dengan muka tegang dan mata macam ais. Rasa macam tiba tiba vibe bilik tu berubah jadi kutub utara. Ruang office yang konsep open space tu tiba tiba jadi diam. Ada bisik bisik berkata 'Looks like the meeting bombed.'

Dia berdiri di depan meja dia dan mata sekilas memandang aku dan terus dia tanya "Ni siapa ni?"

Tak ada tengking atau jerit tapi aku masih tersentak dan terus bangun, "Hi, saya Osha. Visual Designer baru."

Bila berdiri baru sempat betul-betul tengok Qimir. Rambut hitam dan sedikit panjang, rahang tajam, mata yang nampak tenang tapi sombong sikit. Jenis lelaki yang tahu dia menarik, dan itu yang menyakitkan hati. Dan ya... dari cara dia bercakap, jelas satu, memang ada aura "aku betul, kau tak." Dan yang paling teruk sekali... dia memang ada rupa.

Dia pandang aku sekilas, tak sampai dua saat, terus duduk dan buka komputer. Aku masih terpinga-pinga berdiri di situ, rasa macam orang bodoh. Baru lepas sepuluh saat dia bersuara, tanpa tengok pun aku.

"Okay, I want you to draft me something. Anything you think represents your best work. I want to see your skills and capabilities, since I wasn't the one who hired you."

Nada dia tenang. Tapi ada cara dia sebut I wasn't the one who hired you tu yang buat aku rasa macam baru gagal ujian sebelum sempat mula. Memang betul, bukan dia yang pilih aku berkerja di sini sebab sebelum ni principal architect lain yang interview aku.

Aku angguk perlahan. "Okay... what kind of draft are you expecting?"

Tanpa mengangkat muka dia cakap, "Anything that shows me you know how to design," jawabnya, mata masih lagi tak beranjak dari skrin. "But make sure it's not crap."

Make sure it's not crap? Dia ingat aku dapat kerja sini sebab bapak aku owner company ke?

Rasa nak jerit kat muka dia tapi aku hanya senyum nipis, pura-pura faham, pura-pura tenang. Lepas tu aku duduk, buka laptop, dan menatap skrin kosong.

Sepuluh minit berlalu, jari aku masih tak bergerak. Tapi setiap kali aku terdengar dia taip, setiap kali aku nampak refleksi dia dalam skrin, dada aku terasa bergetar pelik.

Obviously jenis yang susah nak impress. Tapi entah kenapa, ada sesuatu dalam cara dia senyap tu yang buat aku nak cuba juga.

Aku buka software 3D tu, jari dah automatik buat kerja. Beberapa minit kemudian, bentuk bangunan muncul di skrin. Rekaan minimalis dengan sedikit twist pada struktur, warna lembut, pencahayaan aku mainkan halus-halus. Tak cukup sempurna, tapi cukup untuk tunjuk yang aku tahu apa aku buat.

Lepas sejam, aku kumpulkan keberanian, bawa laptop ke meja dia. "I've drafted a quick 3D concept. Just to show you how I approach design," aku cakap, cuba kedengaran yakin.

Qimir angkat muka sekejap, angguk kecil. "Let's see."

Dia tarik laptop tu rapat, mata dia fokus pada skrin. Sunyi. Hanya bunyi hujan dekat luar dan kipas siling berdecit. Aku berdiri tegak, tunggu respon.

Beberapa saat berlalu. Dia akhirnya bersuara, tenang macam biasa. "Lighting's good. Composition works."

Aku sempat rasa lega tapi belum sempat tarik nafas panjang, dia sambung, "But the rest... feels like you just did what you think I wanted. It's all surface. Safe. Nothing unique."

Aku kelip mata. "Safe?"

Qimir pandang aku. Tak ada simpati langsung. "Design isn't just about being safe. You play it too safe. It's not impressive. It's forgettable. I don't see you in this."

Diam.

Aku menelan liur, cuba senyum. "Right. So you want... attitude."

Dia senyum, tapi bukan senyum yang manis. Itu senyuman yang buatkan aku rasa betul-betul kecil. "Exactly. That's what I want. But don't expect me to be impressed with 'good enough.'"

Dia tolak laptop tu balik ke arah aku, dengan perlahan. "Next time, show me something real. Or else don't bother."

Aku terdiam, ambil laptop tu, berjalan balik ke meja aku. Dada aku masih berdegup laju.

Aku duduk semula, tapi kali ni jari aku tak terus bergerak. Kata-kata dia berulang dalam kepala.

Safe.

__________

Hari tu habis dengan aku buat-buat sibuk, padahal kepala aku kosong. Balik rumah, aku terus buka laptop sendiri. Skrin kecil, dengan kipas laptop yang bising, tapi aku tahu kalau aku tak buat sekarang, aku akan bawa rasa malu tu sampai esok.

Aku buka semula file 3D tadi. Tukar lighting, ubah tekstur, cuba tambahkan detail yang lebih realistik. Sedikit pantulan pada logo, cahaya jatuh dari sisi macam di showroom sebenar. Aku lupa masa. Bila tengok jam, dah 2:47 pagi.

Esok paginya, aku datang awal. Suasana pejabat sunyi, cuma bunyi kereta dari jauh dan bunyi mesin kopi yang tak berhenti. Qimir masuk, masih dengan kopi di tangan, dan aku cepat-cepat angkat pendrive yang aku dah prepare semalam.

Dia pandang aku sekejap, seolah-olah menilai seberapa banyak aku berani untuk datang pagi-pagi ni. Aku hulurkan pendrive tu, tangan aku masih sedikit menggigil, tapi aku paksakan senyum.

"I reworked the draft," aku cakap perlahan, suara aku agak serak.

Qimir pandang aku, angkat kening sedikit, macam dia sedang periksa aku dari atas ke bawah.

Selalunya, aku mesti rasa rendah diri bila dia pandang macam tu. Tapi pagi ni, ada sesuatu yang lain, ada semangat yang aku tak pernah rasa sebelum ni.

Dia ambil pendrive tu tanpa kata apa-apa. Aku perhati je tangan dia yang selamba je masukkan pendrive tu ke dalam laptop. Dan waktu tu... masa tu, aku rasa macam masa berhenti. Macam dunia berhenti berputar sekejap.

Aku tahan nafas. Tiada bunyi, tiada kata. Cuma bunyi klik daripada komputer yang buatkan jantung aku berdegup lebih laju. Masa dia buka file, terasa seperti detik yang paling panjang dalam hidup aku. Satu-satu dia scroll, periksa, macam dia tengah menghakimi aku, lihat sejauh mana aku mampu bertahan.

Tapi dalam hati aku... Kalau dia marah lagi, confirm aku akan menangis kat sini. Aku rasa macam bila-bila je aku boleh lebur, jatuh dan buat malu diri sendiri.

"Better," katanya ringkas, pandang aku macam aku takkan mampu buat lebih daripada itu. "You paid attention. But don't get too comfortable. I expect more than this."

Dia tak senyum, nada dia masih sama. Dingin dan tak peduli. "Keep that attitude. I'll assign you something real next."

Aku angguk, pura-pura tenang. Dalam hati aku tahu, ini baru permulaan. Tapi aku rasa macam baru dapat cabaran yang tak boleh aku lepaskan.