AO3 News

Post Header

Sorotan Bantuan

Dalam memperbaiki keseimbangan beban kerja jawatankuasa Bantuan dan Polisi & Aduan kami, kami membuat sedikit perubahan kepada persoalan siapakah yang bertanggungjawab atas jenis mana permintaan.

Polisi & Aduan akan terus menangani pelanggaran Syarat-Syarat Perkhidmatan, dan Bantuan akan terus menjawab soalan-soalan mengenai cara menggunakan laman web dan menangani laporan pepijat, seperti biasa. Namun, terdapat beberapa kes yang dahulunya ditangani oleh Polisi & Aduan, dan kini akan ditangani oleh Bantuan. Kes-kes ini adalah:

  • Kehilangan akses kepada sebuah akaun (contohnya, jika anda tidak ingat atau tidak dapat akses e-mel yang anda gunakan untuk mencipta akaun anda supaya anda dapat menerima set semula kata laluan)
  • Soalan dan masalah berkenaan dengan karya yang diyatimkan.
  • Karya yang ditanda dengan bahasa yang salah

Jika anda perlu melaporkan salah satu daripada isu ini, sila hubungi Bantuan. Sekiranya anda menghantar sebarang laporan kepada jabatan yang salah, tidak mengapa! Kami akan memindahkan laporan tersebut secara langsung, atau meminta anda untuk menghantar semula laporan berkenaan kepada jabatan yang betul.

Kami harap perubahan ini akan membolehkan ahli pasukan Polisi & Aduan kami untuk menumpukan lebih banyak masa dan tenaga mereka kepada isu-isu lain!