AO3 News

Post Header

Published:
2020-04-21 13:12:16 -0400
Original:
OTW Finance: 2020 Budget
Tags:

Organisasi Karya-Karya Transformatif: Bajet 2020

Sepanjang 2019, pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah bekerja di sebalik tabir untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, cukai telah difailkan, dan piawai prosedur kewangan telah dicapai. Persiapan untuk penyata kewangan 2019 dan audit sedang berjalan!

Di samping itu, pasukan kami juga telah bekerja keras untuk mencapai keperluan 2020 OTW, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (sila akses hamparan bajet 2020 untuk keterangan lebih lanjut):

Perbelanjaan 2020

Perbelanjaan untuk program: Arkib Milik Kita: 79.7%. Open Doors: 0.1%. Karya dan Kebudayaan Transformatif: 0.3%. Fanlore: 1.1%. Bantuan Guaman: 0.8%. Promosi di Konvensyen: 0.1%. Pengurusan: 8.5%. Pengumpulan Dana: 9.4%.

Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)

11326.91 USD dibelanjakan; 492087.24 USD baki

  • 11326.91 USD dibelanjakan daripada jumlah 503414.15 USD tahun ini, setakat 29 Februari 2020.
  • 79.7% daripada perbelanjaan OTW ditujukan kepada penyenggaraan AO3. Ini melibatkan sebahagian besar belanja pelayan kami —termasuk pembelian baru serta co-lokasi dan penyelenggaraan berterusan—alat pengawasan prestasi laman web dan pelbagai lesen sistem berkenaan , dan juga kos yang diterangkan di bawah (akses perbelanjaan semua program).
  • Perbelanjaan AO3 tahun ini mengandungi 100000.00 USD bagi kos kontraktor untuk kerja pemindahan koleksi pencarian AO3 ke Elasticsearch dan menaik taraf ke Rails 6.
  • Tambahan pula, perbelanjaan AO3 secara tentatif akan termasuk rancangan penaik tarafan pelayar dan pengembangan signifikan yang jumlahnya kira-kira 255000.00 USD. Pelayan pangkalan data baru akan mengembangkan keupayaan AO3 untuk menunjukkan halaman dan hasil carian untuk pengguna dengan kekurangan dalam isu sambungan. Pelayan lama kami akan diguna semula sebagai tempat penyimpanan pelayan baru. Aktiviti ini mungkin akan ditunda ke tahun hadapan bergantung kepada keadaan; bajet yang telah dikemas kini yang akan dikeluarkan kemudian pada tahun ini akan memberi maklumat lebih lanjut.
  • Kos bajet yang lain termasuk 33000.00 USD untuk Kontraktor Sistem, yang akan melakukan kerja untuk pelbagai jenis projek OTW, termasuk AO3.

Fanlore

533.83 USD dibelanjakan; 6484.45 USD baki

  • 533.83 USD dibelanjakan daripada jumlah 7018.28 USD tahun ini, setakat 29 February 2020.
  • Kebanyakan perbelanjaan Fanlore diperuntukan kepada pembelian pelayan, kos penyelenggaraan dan co-lokasi, selain pembaharuan laman domain Fanlore (Akses perbelanjaan semua program).

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif)

331.00 USD dibelanjakan; 1500.00 USD baki

  • 331.00 USD dibelanjakan daripada jumlah 1831.00 USD tahun ini, setakat 29 Februari 2020.
  • Perbelanjaan TWC termasuk penghosan laman web jurnal, dan penerbitan dan yuran penyimpanan (Akses perbelanjaan semua program).

Open Doors

139.66 USD dibelanjakan; 732.17 USD baki

  • 139.66 USD dibelanjakan daripada jumlah 871.83 USD tahun ini, setakat 29 Februari 2020.
  • Perbelanjaan Open Doors termasuk penghosan, salinan sandar, dan kos domain untuk arkib hasil karya peminat yang diimport (Akses perbelanjaan semua program).

Legal Advocacy (Bantuan Guaman)

0.00 USD dibelanjakan; 5000.00 USD baki

  • 0.00 USD dibelanjakan daripada jumlah 5000.00 USD tahun ini, setakat 29 Februari 2020.
  • Perbelanjaan Guaman termasuk yuran pemfailan dan perbelanjaan pengangkutan untuk menghadiri persidangan dan pendengaran (Akses perbelanjaan semua program).

Promosi di Konvensyen

0.00 USD dibelanjakan; 500.00 USD baki

  • 0.00 USD dibelanjakan daripada jumlah 500.00 USD tahun ini, setakat 29 Februari 2020.
  • Perbelanjaan bajet termasuk 100.00 USD untuk percetakan risalah dan 400.00 USD untuk aktiviti promosi konvensyen yang lain bagi pihak OTW (Akses perbelanjaan semua program).

Pengumpulan Dana

2891.28 USD dibelanjakan; 56295.90 USD baki

  • 2891.28 USD dibelanjakan daripada jumlah 59187.18 USD tahun ini, setakat 29 Februari 2020.
  • Perbelanjaan pengumpulan dana kami terbahagi kepada bayaran transaksi yang dikenakan oleh pemproses pembayaran pihak ketiga kami untuk setiap bayaran derma, pembelian hadiah penghargaan dan perkhidmatan penghantaran, serta alat-alat yang digunakan untuk mengehos pangkalan data ahli OTW dan mengesan komunikasi dengan penderma dan penderma berpotensi (Akses perbelanjaan semua program).

Pengurusan

6777.87 USD dibelanjakan; 46879.38 USD baki

  • 6777.87 USD dibelanjakan daripada jumlah 53657.25 USD tahun ini, setakat 29 Februari 2020.
  • Perbelanjaan pengurusan OTW termasuk menghoskan laman web kami, tanda dagang, domain, insuran, pengefailan cukai, dan audit penyata kewangan tahunan, serta alat-alat komunikasi dan pengakaunan (Akses semua perbelanjaan admin).

Pendapatan 2020

Pendapatan OTW: Derma Kempen Bulan April: 25.0%. Derma Kempen Bulan Oktober: 32.6%. Derma bukan Kempen: 34.6%. Derma daripada program serupa: 7.4%. Pendapatan faedah: 0.1%. Royalti: 0.1%. Pendapatan lain: <0.1%

  • OTW disokong sepenuhnya oleh derma anda—terima kasih atas kemurahan hati anda!
  • Kami menerima kebanyakan hasil derma kami setiap tahun semasa Kempen Pengumpulan Dana pada bulan April dan Oktober. Hasil derma ini merangkumi 79% pendapatan kami dalam tahun 2020. Kami juga menerima dana melalui padanan derma majikan, royalti, Amazon Smile, dan PayPal Giving Fund, yang menguruskan derma dari program seperti Humble Bundle dan eBay for Charity. Sekiranya anda ingin menyokong kami sambil membeli-belah di laman tersebut, sila pilih "Organization for Transformative Works" sebagai organisasi kebajikan pilihan anda!
  • Dengan hasil kemurahan hati anda pada tahun-tahun lepas, kami mempunyai simpanan rizab yang baik, yang kami ingin simpan supaya kami dapat menyediakan payung sebelum hujan. Oleh kerana ini, kami juga dapat meneroka sumber pendapatan alternatif untuk menambahkan sumbangan anda. Pasukan Kewangan kami dapat mencari cara pelaburan yang sesuai untuk organisasi bukan-keuntungan kecil seperti OTW dan bercadang untuk menubuhkan portfolio pelaburan konservatif yang tidak berisiko pada akhir tahun 2020.
  • Simpanan rizab ini juga dapat membantu kami dalam tahun-tahun akan datang apabila kami merancang pembelian yang lebih besar daripada biasa. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami mempunyai rancangan untuk meningkatkan kapasiti pelayan AO3, yang akan menambah perbelanjaan untuk tahun ini. Beberapa perbelanjaan yang telah diramal yang digaris di dalam bajet ini mungkin tidak akan terjadi sebelum tamatnya tahun ini, atas beberapa kekangan. Jadi, untuk mengatasi ketidakpastian ini, walaupun perbelanjaan yang telah kami jangkakan telah ditulis di dalam hamparan bajet, kami menjangkakan pengeluaran sebanyak 111000.00 USD dari rizab kami untuk menampung jumlah sepadan dengan perbelanjaan yang tidak disangkakan. Jumlah penambahan ini mungkin akan dikeluarkan dari rizab kami atas keperluan sepanjang tahun ini. Pengemaskinian bajet kami, yang akan diterbit pada bulan Oktober, akan mengandungi maklumat lebih tepat tentang perbelanjaan pada tahun 2020.
  • 49079.71 USD diterima setakat ini (pada Februari 29, 2020) dan 520900.00 USD diramal untuk diterima pada akhir tahun ini.

49079.71 USD diderma; 471820.29 USD baki

Terdapat Soalan?

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang bajet atau kewangan OTW, sila hubungi Pasukan Kewangan. Kami juga akan menghoskan perbualan terbuka untuk menjawab mana-mana soalan yang anda mungkin ada. Namun begitu, perbualan ini hanya akan diadakan dalam bahasa Inggeris. Versi bahasa Inggeris untuk artikel berita ini akan mengandungi lebih banyak maklumat tentang di mana perbualan ini akan diadakan dan bagaimana anda boleh menyertainya.

Untuk memuat turun bajet OTW untuk tahun 2020 dalam format hamparan, sila tekan pautan ini.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.