AO3 News

Post Header

Published:
2020-03-23 13:15:21 -0400
Original:
The OTW and COVID-19
Tags:

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dikendalikan oleh sukarelawan yang berada di seluruh dunia. Kami bekerja dari rumah, di perpustakaan dan kedai kopi, bahkan juga ketika waktu lengang dengan kerja kami yang lain. Ini bererti, ketika semakin ramai daripada kita yang perlu tinggal di rumah disebabkan pandemik COVID-19, bagaimana kami bekerja tidak akan banyak berubah, namun komitmen masa kami akan. Ada di antara kami akan mempunyai masa yang lebih untuk menumpukan perhatian kepada OTW dan akan dapat bekerja lebih banyak daripada yang dijangkakan. Ada yang akan mempunyai komitmen bersama keluarga atau peribadi, mengurangkan jumlah masa yang boleh dihabiskan untuk memastikan perkara berjalan dengan lancar. Dan ada pula sesetengah daripada kami yang mungkin perlu menghabiskan lebih banyak masa menikmati koleksi besar Archive of Our Own - AO3 (Organisasi Karya-Karya Transformatif) terdiri dari hasil karya peminat dan bukannya memikirkan tentang membangunkan infrastrukturnya demi kesihatan mental kami. Sila ambil perhatian tentang perkara ini jika anda mengalami kelewatan respons ketika menghubungi kami.

Sementara itu, pertimbangkan untuk meneroka projek kami. Temui fandom baru di AO3, dan rakamkan pengalaman fannish anda di Fanlore. Ketahui tentang bagaimana untuk menyimpan dan melindungi hasil karya peminat dan sejarah peminat dengan Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) dan Legal Advocacy Bantuan Guaman. Lakukan penyelidikan dengan Transformative Works and Cultures - TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif), dan berhubung dengan penyelidik lain melalui Fanhackers.

Sekarang mungkin adalah masa yang agak menggusarkan, tetapi kita pasti dapat melaluinya bersama. Teruskan berkarya. Teruskan menyelidik dan merakam. Teruskan meninggalkan komen dan kudos. Dan yang paling penting sekali, kekal selamat.

Dan jika anda ada masa untuk berkongsi karya, lakukannya! Kita semua perlukan karya-karya peminat yang hebat untuk meneruskan hari kita.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.