AO3 News

Post Header

Published:
2020-03-11 18:49:31 -0400
Original:
Upcoming changes to kudos
Tags:

Kami sedang melakukan beberapa perubahan di sebalik tabir untuk memastikan Archive Of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) boleh terus menampung jumlah yang besar iaitu (659 juta dan berterusan!) yang telah dihasilkan pengguna dan tetamu selama bertahun-tahun. Kudos akan terus berfungsi dengan cara yang sama, tetapi akan ada pemeriksaan baru dalam pangkalan data untuk memastikan tiada kudos duplikasi yang tertinggal. Ini akan menyebabkan penurunan kudos kepada karya yang mempunyai kudos duplikasi.

Sebelum ini, kami bergantung pada cara kudos dikodkan untuk memastikan seorang pengguna atau tetamu hanya boleh meninggalkan satu kudos pada sesebuah karya. Cara ini berfungsi dengan baik untuk kebanyakan keadaan, tetapi kadang kala sambungan internet yang lambat atau jika butang kudos ditekan dua kali boleh mengakibatkan kepada lebih banyak kudos direkodkan.

Kami akan menambah kekangan pada tahap pangkalan data yang seharusnya menghalangnya daripada berlaku. Walaubagaimanapun, perubahan ini juga akan membuat kudos duplikasi tidak sah dan akan disingkirkan daripada pangkalan data. Ini bermakna jika anda telah menerima kudos yang banyak daripada pengguna atau tetamu yang sama untuk karya anda, jumlah kudos anda akan menurun apabila kami melancarkan perubahan ini. Sebagai contoh, jika karya anda mempunyai tiga kudos daripada pengguna yang sama, jumlah kudos untuk karya tersebut akan menurun sebanyak dua angka.

Kami merancang untuk melaksanakan perubahan ini pada 16 Mac, dan kami menjangkakan tempoh tergendala yang pendek akan berlaku apabila perubahan ini dilancarkan. Kami tidak dapat memberi jangka masa yang khusus ia akan berlangsung, namun kami akan cuba sedaya upaya untuk memberitahu anda terlebih dahulu di @AO3_Status Twitter sebelum ia berlaku.

Ambil perhatian bahawa ketika kami melakukan perubahan ini, anda akan menyedari beberapa perubahan luar biasa ketika meninggalkan kudos, cth. penurunan kiraan kudos atau kehilangan duplikasi kudos.