AO3 News

Post Header

Published:
2019-11-19 13:49:49 -0500
Original:
Language options when posting and filtering works
Tags:

Tahukah anda, anda boleh menerbit dan mencari karya dalam lebih dari 70 bahasa pada Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita)? Malah, AO3 mempunyai kira-kira 400,000 hasil kerja peminat dalam bahasa selain Bahasa Inggeris, dengan banyak lagi yang diterbitkan setiap hari! Untuk membantu semua orang mencari hasil kerja dalam bahasa pilihan mereka, kami telah membuat sedikit perubahan kepada proses menerbit dan mencari.

Sebelum ini, bahagian "Choose a language (Pilih Bahasa)" pada borang terbitan telah ditetapkan ke Bahasa Inggeris secara lazim, yang sering menyebabkan sesebuah hasil kerja bukan Bahasa Inggeris untuk disiarkan sebagai hasil kerja Bahasa Inggeris tanpa sengaja.

Untuk menyelesaikan masalah ini, kami telah mengemas kini bahagian "Choose a language" tersebut supaya Bahasa Inggeris tidak lagi menjadi pilihan lazim. Sebaliknya, semua orang perlu memilih bahasa yang dikehendaki apabila memaparkan hasil kerja baru. Jika anda terlupa, jangan bimbang - kami juga telah menambah mesej ralat mesra untuk mengingatkan anda.

Kami juga telah memudahkan proses untuk mencari atau menyaring hasil kerja berdasarkan bahasa! Walaupun kami menyediakan bahagian "Language (Bahasa)" pada borang carian dan penapis kami, kadang-kadang ia masih tidak mencukupi - sebagai contoh, jika anda menginginkan hasil kerja dalam Bahasa Sepanyol atau Bahasa Itali.

Pada dahulunya, carian sebegitu memerlukan beberapa kod berangka yang unik kepada AO3. Sekarang anda boleh menggunakan kod bahasa asas ini dengan pengendali carian yang diterangkan di lembaran rujukan kami. Contohnya, untuk mencari hasil kerja yang ditag dengan "Friendship (Persahabatan)" dalam Bahasa Itali atau Bahasa Sepanyol, anda akan memasukkan language_id: es OR language_id: it dalam bahagian "Search within results (Cari dalam hasil pencarian)" di senarai hasil kerja untuk tag "Friendship". (Kod berangka lama tetap akan berfungsi, jadi kemas kini penanda halaman atau pautan tidak diperlukan.)

Kami berharap perubahan ini akan menjadikan AO3 lebih baik untuk semua orang, tanpa mengira bahasa mana yang anda gunakan untuk menghasilkan dan menikmati hasil kerja peminat. Dan seperti biasa, jika anda terperasan sesebuah hasil kerja dalam bahasa yang salah, anda boleh hubungi pasukan Polisi & Aduan kami dan mereka akan membantu untuk membetulkan hasil kerja yang tersalah label.