AO3 News

Post Header

Untuk mengurangkan penyalahgunaan, kami telah baru sahaja melancarkan beberapa perubahan kepada ciri untuk menambahkan pereka bersama kepada karya, bab ataupun siri di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Sebelum ini, sesiapa sahaja boleh menambahkan anda sebagai pereka bersama tanpa keizinan anda. Kami telah melancarkan jemputan pereka untuk memastikan anda tidak akan disenaraikan sebagai pereka bersama sehingga anda menerima jemputan. Di samping itu, kami telah menambah pilihan yang memerlukan anda untuk ikut serta sebelum pengguna lain boleh menjemput anda untuk menjadi pereka bersama.

Tiada apa-apa yang akan berubah dalam karya yang direka bersama yang sudah wujud: semua pereka masih boleh megedit karya, bab atau siri walaupun mereka tidak mengaktifkan pilihan tersebut. Namun begitu, sebelum anda boleh dijemput sebagai pereka bersama yang baharu anda perlu mengaktifkan pilihan "Allow others to add me as a co-creator" (Benarkan pengguna lain menambahkan saya sebagai pereka bersama) di laman Preferences (Pilihan). (Di mana Pilihan saya?)

Menyahaktifkan pilihan ini tidak akan membuang anda dari mana-mana karya-karya yang direka bersama, dan ia juga tidak akan menghalang pereka lain karya tersebut yang sudah wujud dari membuat sebarang perubahan. Anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan pilihan ini seberapa banyak kali anda inginkan. Mengubah ciri ini tidak akan memadamkan mana-mana jemputan pereka bersama – anda masih boleh mencari jemputan tersebut dengan mengikut pautan “Creator Invitations” (Jemputan Pereka) di Dashboard (Papan Pemuka) anda selepas anda menghidupkan kembali ciri ini.

Sekiranya anda perlu menambahkan seorang pereka bersama yang tidak mengaktifkan pilihan ini, dan yang tidak dapat dihubungi, anda boleh menggunakan bidang Notes (Nota) untuk memberi kredit yang sesuai.

Kami menyesali bahawa kami tidak dapat mengumumkan perubahan ini lebih awal seperti biasa. Penambahan pereka bersama yang tidak ingin dikaitkan dengan sesuatu karya telah menjadi sebuah taktik penyalahgunaan dan spam yang kerap, dan kami tidak ingin menyebabkan kenaikan kejadian tersebut berlaku kerana kami menyiarkan berita ini sebelum perubahan ini dikerahkan. Kami berharap ini memberikan kelegaan kepada pengguna yang telah disasarkan, dan membantu semua pengguna berasa lebih selesa dengan pengalaman mereka di AO3.