AO3 News

Post Header

Published:
2019-07-20 12:14:11 -0400
Original:
AO3 Reaches 5 Million Fanworks!
Tags:

5 juta karya

Pada 17 haribulan Julai, Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah mencapai 2 juta orang pengguna. Hari ini, kami telah berjaya mencecah pencapaian yang lebih hebat: 5 juta karya! \o/

AO3 memasuki open beta pada November 2009. Ia mengambil masa sehingga Februari 2014 untuk mencapai 1 juta karya, tetapi hampir setiap tahun selepas itu, kami mampu mencapai sejuta karya lagi. Pada Julai 2018, kami mencapai 4 juta karya, dan pada Oktober tahun itu, kami mencapai 30000 fandom.

Ribuan terima kasih kepada semua yang mengunjungi AO3 dan membantu kami mencapai kejayaan ini, sama ada 2 juta pengguna pendaftar kami ataupun berbilang pengguna tidak berdaftar yang membaca bersama. Usaha dan sokongan anda telah membantu AO3 membangun ke tahap ini.

Kami meraikan fanwork ke-5 juta dengan bingo cadangan, yang meminta pembaca untuk berkongsi karya-karya kegemaran mereka. Anda boleh menjumpai kad bingo dan peraturannya di versi Bahasa Inggeris artikel ini. Walaupun kad tersebut berbahasa Inggeris, kami mengalu-alukan maklum-balas dalam apa-apa bahasa!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut tentang kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.