AO3 News

Post Header

Published:
2018-12-14 12:24:46 -0500
Original:
Helpful Information for New Users
Tags:

Jika anda merupakan salah satu daripada ramai pengguna yang sedang berpindah ke Archive of Our Own - AO3 (Arkib Milik Kita) dari ruang fandom yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris secara meluas, kami ingin menyambut kedatangan anda—kami sungguh teruja untuk memiliki anda! AO3 mempunyai beberapa ciri yang mungkin tidak berfungsi dalam cara biasa yang sering anda gunakan. Oleh itu, kami ingin meluangkan sedikit masa untuk membincangkan beberapa ciri asas.

Mencipta sebuah akaun dan memperkenalkan diri anda

Semua orang disambut dengan gembira di AO3! Anda tidak perlu menghubungi AJK Bantuan untuk memberikan sejarah fandom anda ketika anda ingin mencipta sebuah akaun. Jika anda tidak mempunyai sebuah akaun dan inginkannya, kunjungi Bagaimanakah saya mencipta sebuah akaun? Sebaik sahaja anda dilog masuk, anda mempunyai akses penuh terhadap semua kandungan di laman web ini.

Jika anda ingin memperkenalkan diri anda, anda boleh menambah maklumat itu kepada biografi peribadi anda di Profile (Profil) setelah anda dilog masuk. Kunjungi soalanBagaimanakah saya mengedit profil saya? dalam FAQ kita untuk bantuan! Berjaga-jaga bahawa maklumat yang anda menambah kepada profil anda boleh diakses oleh sesiapa pun, sama ada mereka dilog masuk atau tidak.

Menambah karya anda

Jika anda ingin memindahkan karya anda dari forum lain atau laman-laman blog ke AO3, anda boleh menyalin dan menampa karya anda secara manual, atau anda boleh menggunakan tool Import kita. Malangnya, pengimportan dari banyak laman web akan mendatangkan pelbagai kod yang tidak diperlukan.

Kami telah melakukan percubaan import dari Lofter—sebuah laman web popular dalam kalangan peminat yang berbahasa Cina—dan kami telah memberitahu langkah-langkah yang terperinci di bawah, termasuk cara memadamkan kod tambahan yang tidak diperlukan. Langkah-langkah ini mungkin berfungsi dengan laman blog lain juga.

  1. Setelah dilog masuk, pilih "Import Work" (Mengimport Karya) dari menu "Post" (Terbit) di bahagian atas halaman.
  2. Masukkan URL karya yang anda ingin mengimport dalam ruang input pertama.
  3. Anda tidak sepatutnya perlu mengubah pengekodan tersuai.
  4. Di bawah "Import as" (Mengimport sebagai), anda boleh memilih untuk mengimport URL yang dimasukkan sebagai karya berasingan, atau sebagai beberapa bab dalam sebuah karya. Lalainya adalah untuk mengimportkannya sebagai karya berasingan.
  5. Di bawah "Preferences" (Pilihan), jangan memilih "Post without previewing" (Terbit tanpa prabaca) kerana anda akan perlu mengedit drafnya. Anda boleh memilih "Lock all imports to registered users only" (Mengunci dan menetapkan semua karya import untuk pengguna yang berdaftar sahaja) jika anda ingin memberikan akses karya anda kepada pengguna AO3 sahaja.
  6. Pilihkan Rating (Tahap), Archive Warnings (Kenyataan Amaran) dan Fandom (Fandom) yang sesuai. Mengambil tahu bahawa pilihan-pilihan ini akan diaplikasi untuk semua URL yang anda importkan. Anda boleh mengeditkannya kemudian jika perlu.
  7. Isikan mana-mana pilihan tag lain—anda boleh menekan ikon tanda tanya biru untuk penerangan (dalam Bahasa Inggeris) bagi ruang masing-masing. Anda juga boleh merujuk kepada FAQs (link di bawah) untuk penerangan yang diterjemahkan.
  8. Masukkan Author’s Notes (Catatan Pengarang) yang anda ingini.
  9. Pilihkan "Import".
  10. Editkan draf karya.
  11. Padamkan semua garisan teks dan kod sebelum perkataan pertama dan selepas perkataan terakhir dalam badan kerja anda.
  12. Melaraskan format lain sesuka hati anda. Anda boleh menekan bebutang "Rich Text" (Format Rich Text) untuk mendapatkan idea yang lebih baik tentang bagaimana karya anda akan muncul di skrin.
  13. Untuk menyimpan perubahan anda, anda boleh:
    • Pilih "Preview" (Prabaca) untuk menyemak jika anda gembira dengan karya anda, kemudian "Post" (Terbit) untuk menerbitkannya, atau
    • Pilih "Post without Preview" (Menerbit tanpa Prabaca) untuk menerbitkannya dengan segera.
    • Untuk menyimpankannya sebagai draf, anda boleh memilih "Save Without Posting" (Menyimpan Tanpa Menerbitkan). Mengambil tahu bahawa draf akan dipadam secara automatik 30 hari selepas penciptaannya.

Tutorial: Menerbitkan Karya di AO3 dan Tutorial: Mengimport Karya Berasaskan Teks (Tutorial: Importing Text Based Works), di samping FAQ Penerbitan dan Pengeditan Karya kami juga boleh membantu anda jika anda mempunyai soalan mengenai proses penerbitan atau pengimportan.

Tag karya anda

Di AO3, hasil kerja peminat dikumpulkan secara fandom (iaitu, tajuk dari kanon sumber di mana hasil kerja peminat itu diambil), bukannya secara watak atau pasangan. Anda boleh melihat beberapa contoh di Halaman senarai Fandom. Fandom ialah tag yang diperlukan bagi setiap karya, manakala hubungan dan watak-watak tidak diwajibkan. Malangnya, penambahan tag pasangan dalam ruang Fandom menyukarkan pengguna lain mencari karya anda, kerana laman web tidak boleh memaut karya tersebut dengan karya-karya lain tentang pasangan yang sama.

Untuk menggunakan sistem tag kami secara terbaik, dan membenarkan pengguna lain mencari karya anda, terdapat beberapa tip:

  • Letakkan nama bahan sumber canonical dalam ruang Fandom . Ia mungkin merupakan sebuah rancangan TV, buku atau siri buku, manga atau anime, permainan komputer, dll.
    • Jika anda menulis tentang seorang yang sebenar, kami menggelarnya sebagai Real Person Fiction (atau RPF) dan menggunakan tag fandom yang berbeza untuk mewakili karya-karya tersebut. Contohnya, anda boleh tag dengan nama pasukan sukan, nama band, atau jika anda menulis tentang seorang pelakon, berkemungkinan besar anda akan menemui variasi RPF dalam fandom itu seperti Wicked (RPF).
    • Jika karya anda dalam dua fandom , atau gabungan fandom , masukkan kedua-dua nama fandom secara tag berasingan.
  • Walaupun tag Relationship (Hubungan) dan Character (Watak-watak) tidak diperlukan, namun pengguna sering mencarikannya, jadi ia merupakan idea yang baik untuk melengkapkan ruang-ruang ini. Anda boleh tag dalam bahasa sendiri dan kami akan menhubungkan karya anda dengan karya lain yang mempunyai hubungan dan watak-watak yang sama.
    • Tag hubungan canonical (atau 'rasmi') disusun mengikut abjad dengan nama keluarga watak-watak, selaras dengan abjad Latin. Ruang Hubungan tidak menyatakan siapa yang top atau bottom , atau siapa yang dom atau sub .
      Bagi menyatakan siapa yang top/bottom atau dom/sub , anda boleh menggunakan ruang Additional Tags (Tag Tambahan)! Dalam ruang ini, gunakan tag berasingan bagi setiap watak dan gunakan nama penuh mereka. Contohnya, "Top Todoroki Shouto" dan "Bottom Midoriya Izuku".

Menyembunyi karya anda dari enjin carian

Ketika menerbit atau mengimport suatu karya, anda boleh memilih mengunci karya anda supaya hanya pengguna yang dilog masuk dengan akaun AO3 boleh menemuinya. Kunjungi Bagaimanakah mengawal siapa yang boleh mengakses karya saya? untuk cara melakukannya untuk karya baharu atau yang sudah wujud.

Jika anda sedang mengimport karya, anda boleh tandakan kotak di bawah Pilihan bersebelahan "Lock all imports to registered users only" (Mengunci dan menetapkan semua import kepada pengguna berdaftar sahaja) di bawah ruang anda menampal URL bagi karya yang anda sedang mengimport.

Kotak tanda untuk mengunci dan menetapkan karya anda kepada pengguna yang dilog masuk sahaja

Benda anda tidak boleh terbitkan

Pada masa ini, Syarat-Syarat Perkhidmatan kami hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, lalu menyukarkan pengguna yang tidak berbahasa Inggeris mengetahui apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di laman web ini. Bagi membantu anda, ini merupakan senarai tidak lengkap bagi kandungan yang kami tidak membenarkan di AO3:

  • Artikel "Test", kecuali diletakkan dalam fandom "Testing".
  • Artikel pengenalan atau artikel gaya blog. Sila terbitkan pengenalan anda di Profil anda, seperti yang dimaklumkan di atas.
  • Promosi komersial. Anda tidak boleh mendapatkan wang daripada sesiapa pun, sama ada dalam karya anda, profil anda, atau komen pada karya anda atau orang lain. Ia tidak penting jika anda sedang mengumpul derma, menjual komisen atau doujinshi , atau mempromosikan sebuah karya terbitan yang anda minati. Laman web ini merupakan laman non-komersial secara tegas.
  • Karya yang menyerang peminat lain secara langsung akibat pasangan yang mereka meminati. Anda dibenarkan menerbit karya tentang apa sahaja pasangan yang anda minati, dan mengelakkan karya tentang pasangan yang anda tidak minati. Walaubagaimanapun, penerbitan karya yang menyerang orang yang menyokong sesuatu yang anda tidak minati boleh dikenali sebagai serangan.

Penerbitan karya-karya sedemikian boleh menyebabkan akaun anda dikenakan penalti.

Di manakah saya boleh memperoleh lebih maklumat?

FAQ AO3 kami, dan pengumuman penting merupakan tempat yang baik untuk mendapat pelbagai maklumat.

Jika anda tidak pasti tentang kandungan yang dibenarkan, menghubungi AJK Polisi dan Aduan. Jika anda mempunyai soalan tentang laman web yang tidak dijawab dalam dokumen lain kami, menghubungi AJK Bantuan. Kedua-dua pasukan gembira untuk menjawab apa sahaja soalan yang anda mempunyai.

Semua sumber ini boleh didapati dalam beberapa bahasa!

Untuk mengakses FAQ atau artikel Berita dalam bahasa lain, kunjungi menu utama (di bawah nama laman web) dan pilih "About" (Tentang) kemudian "FAQ" atau "Berita."

Menavigasi ke halaman FAQ

Untuk mengubah bahasa, pilihkan menu, mencari bahasa yang anda ingini, kemudian pilihkan bebutang "Go" (Teruskan).

Mengubahkan bahasa


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.