AO3 News

Post Header

Published:
2018-12-04 16:47:28 -0500
Original:
Please make sure your email address is up to date!
Tags:

Dalam minggu akan datang, kami akan mengemaskinikan kod yang tenagakan sistem login kami. Apabila kami melakukan perubahan ini semua pengguna Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) akan dilog keluar oleh akaun mereka.

Supaya anda tidak hilangkan akses kepada akaun anda secara kekal, pastikan anda mengetahui kata laluan AO3 anda dan boleh mengakses alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda. Sekiranya anda telah terlupa kata laluan anda dan alamat e-mel anda bukan yang terkini, anda tidak akan dapat meminta reset kata laluan!

Sila ambilkan sedikit masa dan ikuti langkah ini untuk menyemak atau mengemaskinikan alamat e-mel akaun anda.

Kami tidak akan melancarkan perubahan ini sehingga lepas 13 Disember untuk memberikan pengguna masa untuk mengemaskinikan maklumat mereka. Di samping itu, kami akan memberi notis sekurang-kurangnya 48 jam dahulu di akaun Twitter AO3_Status dan Tumblr kami, termasuk juga di AO3 sendiri.

Sekiranya anda mendapati bahawa anda telah dilog keluar dan memerlukan bantuan untuk mengakses akaun anda, tolong jangan tinggalkan alamat e-mel anda di komen awam! Sebaliknya, anda boleh menghubungi Bantuan tentang masalah teknikal (cth. reset kata laluan tidak sampai), atau hubungi pasukan Polisi dan Aduan, yang boleh membantu anda mengesahkan bahawa akaun tersebut milik anda.