AO3 News

Post Header

Published:
2018-02-13 11:19:39 -0500
Original:
Welcome to Feedback Fest 2018
Tags:

Feedback Fest 2018

Hari Fanworks Antarabangsa semakin mendekati! Kami akan memulai perayaan awal melalui Feedback Fest, salah satu acara kami yang dirancang!

Bagaimanakah acara ini dijalankan?

Kami tahu bahawa anda meminati fanwork, itulah sebab anda sedang membaca berita ini! Oleh itu, jadilah lebih terperinci.

Tinggalkan sebuah komen di sini mengesyorkan sekurang-kurangnya tiga fanwork, dan berikan sebab kenapa anda meminati fanwork tersebut dan inginkan orang lain menikmatinya juga. Anda juga boleh memberi pautan kepada post cadangan yang anda telah menerbit di tempat lain dan yang ditag dengan #IFDFest. Jangan lupa bahawa komuniti peminat, surat berita, arkib, dan sumber yang lain juga merupakan fanwork, jadilah terdapat banyak kemungkinan.

Namun, ada lagi! Kami akan menawarkan satu hadiah kepada 4 peserta yang dipilih secara rawak. Hadiah-hadiah tersebut adalah:

  1. Satu salinan edisi khas antologi Ghosts of Albion Initiation ditandatangani oleh co-penulis Amber Benson dan Christopher Golden (#569 daripada 750 salinan)
  2. Salinan siri komik Buffy the Vampire Slayer isu #1-4
  3. Brazen, oleh Penelope Bagieu
  4. The Prince and the Dressmaker, oleh Jen Wang

Terima kasih kepada First Second Books dan Akasha kerana menderma hadiah-hadiah tersebut. Hadiah-hadiah ini akan dihantar ke mana-mana di dunia, jadi semua orang boleh mengambil bahagian. Untuk memastikan anda layak menerima hadiah, tulis komen/post cadangan anda sebelum 16 Februari dan tulis sekali “YES” di dalam komen/post tersebut supaya kami pasti untuk mengira penyertaan anda sekali. Dan bagi semua orang yang melihat fanwork yang dicadang, jangan lupa untuk meninggalkan komen, like, kudos atau cara menunjukkan minat anda yang lain kepada pereka untuk membantu menyebarkan squee!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.